Andainya lelaki tahu,
jika seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya :)
Andainya lelaki tahu,
apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata,
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu :)
Andainya lelaki tahu,
apabila seorang perempuan marah
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya,
tapi percayalah,itu maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki tersebut :)
Lihat sahaja pasangan yang bercinta,
mereka jarang bergaduh..
tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku :)
Andainya lelaki tahu,
apabila perempuan banyak bercakap,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat :)
Andainya lelaki tahu,
apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.:)
Andainya lelaki tahu,
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang,
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian :)
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu,
apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada2
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit,
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian,
yang boleh membuat perempaun rasa dihargai.
Andainya lelaki tahu,
apabila perempuan jarang mengatakan 'I LOVE U'
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai,
tetapi dia mahu merasakan lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya hadir dari kata2,
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu,
apabila perempuan berkata dia rindukan kamu,
dia benar2 maksudkannya,
apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andainya lelaki tahu,
apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil,
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengannya..
percayalah,,hati perempuan itu sangat lembut,
andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat
Perempuan sukar untuk mengawal perasaannya,
dia terlalu emosional..
tapi dialah yang paling menyayangi anda,
dan sangat sensetif dengan perubahan pada diri anda
Biarpun zahirnya perempuan tampak lemah,
tapi dia punya kekuatan sendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin membuat lelaki menjadi lemah kerananya :)
No comments:
Post a Comment